Perasmian Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah INSTUN
19 August 2020

Menteri KeTSA YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah merasmikan Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah di Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN), pada 19 Ogos 2020.

Pusat ini menyediakan infrastruktur latihan bagi kursus-kursus pemetaan utiliti bawah tanah bagi menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif, selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

 

Maklumat utiliti bawah tanah seperti elektrik, telekomunikasi dan bekalan air yang bernilai jutaan ringgit perlu diurus tadbir dengan cekap bagi mengelakkan risiko kemalangan seperti ketika melakukan kerja-kerja penggalian atau pembaikan utiliti bawah tanah.

 

Perasmian pusat ini merupakan agenda utama YB Menteri dalam lawatan kerja rasmi beliau ke INSTUN.

 


 


 

Attachments